Saturday, August 18, 2012

Saturday, July 7, 2012

SITE DI TAPAH..~


Jeffry sedang bagi taklimat....:)


Jeffry, Kak Bella, Kak Cepy....


Yg berdiri bju htam 2 class rap kami, Azri...


Yg depan 2 Midi n Jeff...haha

Kami berada di Tapah, Daerah Batang Padang selama 4 hari untuk buat kajian mengenai pusat bandar untuk planning project..memang best kalau time blaja ni buat keje dgn kawan2, mcam2 kami da lalui sampai lah ke sem4 da sekarang....^^,




ni la salah seorang pensyarah kami yg muka dan gayanya mcm 
PM Malaysia skrg nii...huuhu



Semua tgh kalut n takutt masa pmbhgian tugas ni, sbb En. Jo da bising lmbt gerak
ke site...>.<

Wednesday, April 11, 2012

assalam....
saya x tauu nak ucap trima kasihh macam mana smpaii x terucap..hanya Allah sja yg tau bila seorgg kwan ni trlalu sgt baikk dgnn kitaa...ya allah, aku sygkan dia...!!
biar dia xtau apa yg aku rasa...jnji allah tauu....^_^
ssh nyer nk cari sahabat yg sjatii...trima kasihh...
from : cadbury kcg hazel n minute maid oren&mangga...hehe...~

Thursday, February 2, 2012

::..Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat..::





Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat.

Antaranya ialah:
  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh
  4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.



    Hijab – Satu Sistem Sosial yang Lengkap
    Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan menjamin kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Salah satu daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu peraturan sosial yang mengatur kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak hanya untuk wanita, malah mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya iaitu ayat 30 surah An Nur di mana arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki yang beriman.

    "Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya…"




    Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:
    1. Menjaga dan menundukkan pandangan.
    2. Menjaga kemaluan.
    3. Memakai pakaian menutup aurat.
    Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah tertentu:
    1. Melabuhkan tudung ke dada.
    2. Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
    3. Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
    4. Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.
    Jelas di sini tiada diskriminasi jantina dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar kesamarataan antara insan lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam Al Quran, antaranya dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

    "Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa"

    Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita dinyatakan Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

    "Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha kamu itu berbeza-beza"

Friday, January 13, 2012

BUKU-BUKU SAYANG..(^_^)


Selama 3 hari dekat UiTM ni ada karnival pc fair,kat situ ada sekali jualan buku2 mtivasi,agama n novel...kebetulan minggu ni jugak dapat baucer yang rm200 kerajaan kasi tu..mula2 dapat je baucer,kawan terus ajak pergi pc fair,apa lagi, memang waktu tu pun kelas da habis,kalau da kaki buku tu,memang melekat ler sampai jumpa buku2 yang berkenan di hati...saya da gunakan baucer tu rm100 untuk buku2 yang da bekenan kat hati time 2...kalau ikutkan hati,nak saja angkut smua buku2 kat situ....yang baki baucer 2 lagi rm100 saja tak nak guna lagi,saje nak tgk kat kedai yang lain pulak..rasa macam tak cukup pulak rm200 tu....hehe...
( memang x cukup pun...:P )

Antara buku2 yang da jadi hak mutlak lepas tebus dgn baucer tu ialah HADIS ARBA'IN AN-NAWAWIJAH BESERTA TERJEMAHAN,BEDUK DIKETUK,101 REKREASI HATI dan yang terakhir AKU TERIMA NIKAHNYA.......
ermm...sebenarnya x pastii jugak kenapa belii buku yang terakhir 2...tapi dalam hati da berkenan...beli la jugak.....(^_^)

HADIS ARBA'IN AN-NAWAWIJAH BESERTA TERJEMAHAN
  • hadis 40 atau hadis Arba'in = himpunan atau hadis yang disusun oleh Imam Nawawi.
  • merangkumi hadis berkenaan pelbagai prinsip dan isu berkenaan Islam.
BEDUK DIKETUK
  • kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan.
  • mengandungi gambar-gambar ilustrasi daripada kartunis Nik Wafdi.
  • ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.
101 REKREASI HATI
  • khas ' buat diriku yang mudah lupa'...
  •  dipetik daripada 300 hadis bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan kartunis Nik Wafdi.
  • mengandungi ilustrasi yang menarik.
  • sesuai utk semua peringkat umur.. ( budak2 pun akan tertawan masa baca buku ni..^^ )
AKU TERIMA NIKAHNYA
  • titipan erti sebenar perkahwinan.
  • medan member yg paling mulia.
  • pelbagai hal berkenaan perkahwinan ada ditulis dalam buku ni...


Sebenarnya sampai hari ni buku AKU TERMA NIKAHNYA tu belum dibaca sebab sayang pulak nak bukak plastik cover dia tu...ingat nak tunggu baca masa cuti sem nanti...hehe..
tu la yang tak dapat nak huraikan sangat pasal buku ni....sebab belum baca....hihi..
Syukur alhamdulillah dapat jugak beli buku2 ni....:)



Sunday, January 1, 2012

Bila Kita Jatuh Cinta, Waspada Terhadap Tipu Daya Syaitan


Ketika kita jatuh cinta, dan mendambakan seseorang jadi jodoh kita. . . .
Namun kita tetap diam, mengendalikan hati untuk tidak tergesa-gesa mengutarakannya, maka yang ada adalah harapan. . .
Do’a kebaikan untuknya tak lupa kita panjatkan..
Semoga dia mampu menjadi hamba yang beriman..
Mengisi hari dengan kebaikan..
Semoga saja Allah mempertemukan, dan mempersatukan di saat yang tepat..

Saat dimana hanya ada perkenalan dengan cara islam yang berakhir dengan lamaran, bukan dengan hubungan bernama Pacaran.

Jika Allah TIDAK menghendaki kita berjodoh dengannya kerana mungkin ada seseorang yang lebih baik dari kita untuknya, dan ada yang lebih baik dari dia untuk kita. . .
itulah nilai kepasrahan.

Namun.. Ketika kita jatuh cinta..
Lalu kita menjalinkan hubungan dengannya. Meskipun hanya didunia maya..
Meskipun hanya ingin mengenalnya dengan lebih lanjut..
Maka Syaitan akan ikut mengambil bahagian

Menyiksa hatimu dengan rindu yang menggebu.. Kemudian rindu berganti sayang penuh kehangatan, tentang masa depan yang akan kita tempuhi bersama. Senda gurau dan kemesraan yang kita bina seolah terasa indah , seolah tak ada yang salah. Kita tidak sedar bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang belum halal untuk dilakukan, dia bukan mahram kita

Kitatelah lalai dari mengingatiNya, kita telah lupa ada Allah yang mengawasi kita. . .mengawasi kemesraan yang belum berhak kita nikmati bersamanya.
Kerinduan berlanjutan dengan impian sebuah pertemuan, Pertemuan yang berakhir dengan sebuah bersentuhan.. Pertemuan yang berakhir dengan pelukan kemudian hati menjadi bergantung padanya. . .

Seolah-olah yang menciptakan kebahagiaan di dunia kita hanyalah dia
Seolah-olah tanpa dia hidup kita tak kan ada ertinya
Seolah-olah tanpa dia kita kan kehilangan nyawa.
Akhirnya.. Ketika perpisahan terjadi, kerana Allah tak menghendaki kita dan dengannya hidup bersama. Kau bersedih dan putus asa..
Hidup seolah-olah tak lagi berwarna, bahkan sehingga tak sudi lagi hidup di dunia.

Ketika cinta terhalang perbezaan agama, hukum Allah berani dilanggarnya. Padahal Allah jelas tak mengizinkan, seorang muslim/muslimah berkahwin dengan orang kafir sebelum mereka beriman meskipun mereka menarik hatimu atau ketika sang kekasih mengajaknya menukar agama.. atas nama cinta murtad pun berani dipilihnya.. Naudzubillah…

Semua orang berhak mencintai dan dicintai.. Tetapi bukan cinta yang tak diredhai.
Cinta selain Kerana-Nya hanya akan membawa kita pada penyesalan.. Penyesalan abadi. Kebahagiaan yang harus dipilih seorang muslim haruslah kebahagiaan yang abadi.. Kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang ada disisi-Nya. Di Jannah-Nya.
Maka.. Mari saling mengingatkan dalam menatapi kesabaran..

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS al-‘Ankabuut [29]: 2-3)

Segala sesuatu yang hendak menjauhkan kita dari-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak memaksa kita melanggar aturan-Nya hanyalah ujian..
Segala sesuatu yang hendak membuat kita mendustai Janji-Nya hanyalah ujian..
Mari mendekatkan diri pada-Nya, mari mencintai-Nya dengan sebenar-benar cinta.. Maka kita akan tahu, sesuatu yang membuatkan kita hilang kenikmatan menyembah pada-Nya akan segera engkau tinggalkan.

Izinkan Kami menikah tanpa Pacaran, Dengan penuh Kesabaran.. Dengan Penuh Perjuangan, Kemenangan itu ada jadualnya, dan semua akan menjadi indah pada waktunya dengan RedhaMu..
Aamiin.

copy n paste from :

http://pakarcinta.com/blog/bila-kita-jatuh-cinta-waspada-terhadap-tipu-daya-syaitan/

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta!

Ya Allah..

Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah

tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir

menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..

Ya Allah..

Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang

yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..

Ya Allah..

Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang

yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..

Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada

kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..