Thursday, February 2, 2012

::..Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat..::





Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat.

Antaranya ialah:
  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh
  4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.



    Hijab – Satu Sistem Sosial yang Lengkap
    Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan menjamin kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Salah satu daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu peraturan sosial yang mengatur kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak hanya untuk wanita, malah mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya iaitu ayat 30 surah An Nur di mana arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki yang beriman.

    "Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya…"




    Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:
    1. Menjaga dan menundukkan pandangan.
    2. Menjaga kemaluan.
    3. Memakai pakaian menutup aurat.
    Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah tertentu:
    1. Melabuhkan tudung ke dada.
    2. Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
    3. Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
    4. Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.
    Jelas di sini tiada diskriminasi jantina dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar kesamarataan antara insan lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam Al Quran, antaranya dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

    "Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa"

    Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita dinyatakan Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

    "Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha kamu itu berbeza-beza"

No comments:

Post a Comment