Kategori : AKIDAH Usuluddin
|
Tajuk :
|
Petanda-petanda
Hampirnya Kiamat
|
Hadith :
|
Rasulullah
s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu
sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat
mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari
kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya
saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya
sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu
iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan
perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya)
Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat),
turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Huzaifah
bin Asid al-Ghifari r.a
|
Kategori : AKIDAH Akhlak
|
||||||||||
Tajuk :
|
||||||||||
Berbuat
Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
|
||||||||||
Hadith :
|
||||||||||
Seorang
lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa
orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka
memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai
buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka
menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya
benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap
mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat
pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam
kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat
Muslim
|
No comments:
Post a Comment